KUALA TERENGGANU : Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) mengorak langkah melakukan kerja-kerja kebajikan sosial sempena Aidiladha ke kawasan konflik Somalia.
Presidennya, Husin Ismail berkata, menjadi tradisi AMAL Malaysia menyertai program kemanusiaan apabila berlaku bencana alam dimana-mana sahaja.
Namun begitu, katanya misi ke Somalia mempunyai ‘serampang tiga mata’ iaitu program korban akikah, kemanusiaan dan perubatan.
“Misi ini diadakan dengan kerjasama Development Initiative Access Link (DIAL) Somalia-Kenya,” jelas beliau.
Selain Somalia, jelasnya AMAL Malaysia turut mengadakan program serupa di Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka dan Sudan.
Tahun lalu AMAL Malaysia melaksanakan misi ditimur Sudan bagi membantu pelarian Islam Eriteria di Kassala, bandar berhampiran sempadan Eriteria.
Selain program korban, pihaknya melaksanakan program sumbangan al-quran, membina masjid dan perigi tiub (tube well) untuk kegunaan harian dan pertanian di Kassala.
Pada tahun ini, katanya AMAL Malaysia akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR) untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Kem Dardad di sempadan Somalia-Kenya.
“Kem ini menempatkan jumlah pelarian terbesar dunia yang lari dari perang saudara dan krisis kebuluran di Somalia,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mempelawa para dermawan untuk membantu program korban Aidiladha di Somalia.
“Ada empat jenis pilihan korban dan aqiqah iaitu lembu (RM300 sebahagian), kambing dan kibas (RM300) dan unta (RM450 sebahagian),” jelas beliau.
Rombongan AMAL Malaysia jug akan disertai empat orang pegawai perubatan Malaysia dan enam orang doktor tempatan Somalia.
Misi 12 anggota itu akan berlepas ke Somalia melalui Kenya pada 3 November dan akan berada di lapangan sehingga 10 November depan.
orang ramai yang berminat menyertai korban dan akikah di Somalia diminta menghubungi Cikgu Husin Ismail di talian 019-951 1860, 019-956 5330, 09-631 3109 atau Jamuliddin Elias 019-6644796 dan Zaman 019-983 1927.



0 comments:
Post a Comment